LARUT
HILLVIEW
KABIN

Polisi dan Peraturan Larut Hillview Kabin

PENGINAPAN PATUH SYARIAH. Hanya yang sah berkahwin sahaja dibenarkan.

PEMBATALAN BILIK : Tiada pemulangan cagaran/bayaran bilik yang telah dibuat. Pihak pengurusan berhak meminta tetamu untuk mengubah ke tarikh lain. Kecuali PKP, akan dipulangkan semula.

PENGENALAN DIRI: Pihak pengurusan chalet hanya membenarkan tetamu yang sah berdaftar sahaja untuk menginap di sini. Untuk tujuan ini, anda perlu menunjukkan kad pengenalan/passport kepada pengurus kami semasa mendaftar masuk (check in). Tetamu yang membuat tempahan chalet hendaklah hadir semasa check in dan pihak chalet tidak akan memberi kunci chalet kepada mana-mana wakil.

BIBILANGAN KAPASITI: Untuk menjamin keselesaan penghuni chalet ini, pihak pengurusan hanya membenarkan bilangan kapasiti yang dibenarkan sahaja mengikut pakej yang diambil. Sekiranya pihak pengurusan chalet mendapati bilangan kapasiti melebihi maka pihak pengurusan berhak meminta tetamu menambah bilangan bilik lain.

BARANGAN LARANGAN: Tidak dibenarkan membawa arak, makanan tidak halal, dadah atau apa jua barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam chalet.

SAMPAH: Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.

MEROKOK: Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah dilarang di dalam bilik.

KESELAMATAN: Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan chalet dan barang-barang yang disediakan di dalam chalet semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan chalet atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan barang anda sendiri. Pihak chalet TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang kepunyaan anda. Sepanjang anda dan keluarga berada di sini, keselamatan anda dan mereka adalah tanggungjawab sendiri. Pihak chalet tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecederaan/kemalangan sepanjang anda menginap di sini.

KENDERAAN: Kenderaan anda boleh diparking di tempat letak kenderaan yang disediakan oleh pihak pengurusan chalet. Jika berlaku kecurian/kerosakan adalah tanggungjawab anda sendiri.

ELEKTRIK & AIR : Semua suis elektrik serta paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.

KETENTERAMAN: Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar chalet agar tidak mengganggu penghuni lain.

KECURIAN: Tetamu yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam chalet ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakkan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

BARANGAN: Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam unit bilik tanpa kebenaran pihak pengurusan chalet.

PEMBERSIHAN: Check in bermula selepas jam 3 petang dan check out 12 tengahari. Sila patuhi bagi mengelak kesulitan. Ini membolehkan kerja pembersihan dijalankan.

HAIWAN peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik kabin dan kawasan sekitar.

DEPOSIT keselamatan RM50 setiap bilik setiap malam diperlukan semasa daftar masuk.