LARUT
HILLVIEW
KABIN

Terowong Keretapi Lama di Taiping

Tahukah anda, terdapat 4 terowong keretapi lama di Perak yang pada asalnya dibina untuk menghubungkan antara Taiping dan Padang Rengas.

Terowong yang pertama terletak di laluan landasan antara Taiping ke Bukit Berapit sepanjang 289.6 meter manakala te­rowong kedua di antara laluan Bukit Berapit ke Padang Rengas sepanjang 337.5 meter, terowong ketiga (133.2 meter) dan terowong keempat (91.5 meter).

Terowong ini pernah dicadangkan untuk dibangunkan sebagai produk pelanco­ngan warisan negara, beberapa tahun lalu. Namun sehingga kini belum nampak sebarang usaha membangunkan dan memelihara kawasan berkenaan setelah majlis perasmian cadangan berkenaan dirasmikan Menteri Pelanco­ngan dan Kebudayaan ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas.

Pada waktu dahulu, terowong ini digelar sebagai lubang gelap kerana tidak ada istilah terowong pada masa itu.

‘Lubang gelap’ Bukit Berapit dibina pada tahun 1898 dan dibuka pada Julai 1903. Sebelum lubang gelap itu siap, penumpang keretapi kebiasaannya akan dibawa dengan ghari (kereta kuda) dari Taiping ke Padang Rengas.

Dengan siapnya terowong ini, lengkaplah laluan kereta api Tanah Melayu (kini Malaysia) dari Prai ke Ipoh.

Anda berminat untuk menjelajah laluan terowong ini? 

Jom cuti di Perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram