Tanam Durian : Satu Pelaburan Hebat?
- Pertanian
Umum mengetahui Musang King (MK) adalah durian yang menjadi buruan penggemar durian di Malaysia dan negara Asia lainnya .
Namun harga durian ini atau nama asalnya Raja Kunyit boleh dikatakan agak mahal ekoran permintaannya yang begitu tinggi dari dalam dan luar negara.
Dengan harga yang agak mahal nak makan selalu memang tak lah kan? Namun pernah kah anda terfikir bagaimana kalau anda sendiri yang mengusahakan tanamannya ?
Musang King semakin digilai rakyat China
Pada ketika ini orang Cina di China sudah mula ‘giler’ dengan durian MK walaupun harganya Rm188 sekilo. Di Guangzhou sahaja terdapat 30 juta peminat MK dan ianya sudah mula merebak ke wilayah lain di negara China.
Bayangkan 1 billion rakyat China yang giler durian MK kita. Memang ianya akan menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan nanti. Orang Melayu yang skeptikal selalu bertanya apakah harga MK dapat bertahan apabila banyak estate MK mula mengeluarkan buah?
Rakan Cina ramai sudah mengorak langkah menanam MK walhal bani Melayu masih lena dan tertanya-tanya apa jadi bila MK sudah melambak nanti, walhal cangkul masih belum dipegang lagi. Dengan permintaan tinggi dari negeri China dan juga lokal, harga MK masih bertahan Rm30 sekilo di dusun semenjak 5 tahun dahulu.
Research yang dibuat oleh FAMA menjangka permintaan MK akan meningkat setiap tahun. Anda tak perlu mempunyai tanah puluhan ekar untuk bermula penanaman MK ini. Cukup sekadar menanam 5 batang sebagai permulaan, atau pun bermula dengan suku ekar.