LARUT
HILLVIEW
KABIN

Sejarah Ringkas Taiping

1.  Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1973, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh . Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

2. Taiping bermaksud “Aman” atau “Damai” dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Gee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu.

3. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai baru bagi bandar di Daerah Larut.

4. 1880-an Bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato’ Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini.

5. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

6. 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

7. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke Bandar Taiping setelah J.W.W Birch dibunuh olehDato’ Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

8. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri Perak kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.

9. Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tertinggi tertua di Malaysia.

10. Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari , dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.

11. Landasan keretapi yang menghubungkan di antara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap dalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak £7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu.

12. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu,Sir Hugh Low.. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport.1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram